sharing our loves......cherishing sweet memories.... learning from many many downfalls.... rise up and high..... honouring the tie that binds......... loving this fate of ours.....praying for arms around each other...forever..



Friday, April 20, 2012

Family gathering March 2012 @Chillies

halooo....Darling apa ni blog hidup segan mati tak mahu...jangan lah gitu...kena rajin sikit okays..
Hi Guys, tak de mende sangat...but i want to share this family gathering we had last March...something good happened to me and thus I share with everybody. Adik beradik semua ada except for Shabell atas sebab sebab yg tak boleh dielakkan....tetttttttt...I was glad that bell able to amke it despite his busy schedule.

I was so busy counselling that nite and thus, I just couldnt be the cameraman at the same time so I hardly have any pictures in my camera except for some which I have shared here.
I think I passed the details on the counselling part but just to note that I was glad to be able to get across whatever I wanted to tell.

 Noin yg sangat busy tangkap gambar tapi entah mana letak gambarnya.
Mama and Baba busy playing with their handphone...perhaps mama sms baba, baba try to call mama...emmmm

 Abang Duan handling the abang Chillies....sampai siap bagi tips...Abang duan kata kesian pulak the person was like ready for our command dari mula sampai habis

We also had impropmtu birthday celebration for my dearest mama. cake nya mano? tak nampak pulek....cake was the chocolate lava....yummy!
Orang Singapura tu tinggi noh kan? Akak muka agak sedih sebab right before this picture was drama swasta wahahahahahaha. Thank you all to make yourselves available especially my father yg malam buta pakai spec hitam...layan...!
Cik Darling tengah keluar asap kat hidung..semput marah... masa picture dicaptured..

To think about it we are all so very much like"Brothers and Sisters" the series....we are all so difference in our own ways --always clashed in opinion and characters...but we do love each other--period!


Sunday, March 25, 2012

Sedetik lebih..

Sedetik aku teringat...

Sedetik aku terbayang wajah-wajah mereka..

Sedetik lebih ku miliki akan ku titipkan doa buat mereka..

Sedetik ku mengharap agar doaku didengari..

Moga ditempatkan mereka di kalangan yang beriman dan dikasihi NYA..

Mereka adalah keluarga kami yang telah lama pergi..pergi mereka adalah selamanya, perginya meninggalkan memori yang tak mungkin dapat dilupakan selamanya.. Lebih-lebih lagi bila tiba hari Raya ....

Atukmak & Atukmok
Arwah Khalijah binti Khatan ( Meninggal dunia pada 1994) & Arwah Jaffar bin Harun( Meninggal dunia pada 1999)

...sewaktu mereka muda..

...Aidilfitri di rumah Atokmok, Kg Oren, Ulu Tiram
bersama seisi keluarga Ngasri's dan sepupu-sepapat kami...

Nenek & Datuk
Arwah Fatimah binti Abdullah( Meninggal dunia pada 1998 ) & Arwah Sain bin Hj Sahur

Arwah bapa Baba,Sain Haji Sahur yang telah pergi ketika usia baba 8 tahun..

..sewaktu menunaikan Haji bersama Mama & Baba pada tahun 1992-Syukur Alhamdulillah..besar sungguh pahalanya membawa seorang ibu ke tanah suci.. Nenek cukup blues and cool.sentiasa bersama sirih songelnya, kami akan jadi pembantu mengetuk sirihnya..Nenek pernah janji nak buatkan Pizza, end up Pizzanya adalah Telur Dadar..sabo je laa...

Pakcik
Arwah Abdul Rahman bin Jaffar ( Meninggal dunia pada 1994)

.. arwah Pak Man sangat manjakan i masa kecik dulu..ala2 anak saudara kesayangan..miss u Pak Man..

Kakak Ipar
Arwah Murni binti Salehuddin( Meninggal dunia pada 1999)
...pemergian Arwah Kak Murni pada usia yang cukup muda, kalau tidak silap 25-26 tahun..menjelang tahun ketiga perkahwinannya dengan Boy, Naszeli Ngasri...

..ditangan beliau adalah satu2nya anak kandungnya, Inas Sofea Naszeli..Inas berusia 3 tahun sewaktu ibunya menghembuskan nafas yang terakhir..mudah2an Inas cekal dan menjadi seorang anak yang berjaya dunia akhirat..

Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.


Al-fatihah buat mu....

Tuesday, February 21, 2012

230-250 km...

I just finished watching Saksi Maut documentary at TV9 about insiden-insiden kemlangan yang meragut nyawa dan bagaimana kesannya selepas itu. Kebetulan i think i have a good story or reminder to share with you all.



Mangsa maut hari ni adalah berpunca daripada kemalangan jalanraya. Seorang bapa meninggal dunia bersama anak perempuannya ketika ingin pulang menziarahi Majlis Tahlil ke 100 hari dirumah saudaranya. Sungguh tragis kerana pemergiannya meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil. Besar dugaannya tetapi itulah hadiah Allah yang perlu kita syukuri..semakin seorang isteri itu sabar dan tabah maka besarlah pahala diberi..InsyaAllah..

Ok. Significant-nya ( memelayukan bhs inggeris..sorry teacher Mard hehee) adalah KM tempat berlaku kemalangan itu.. Mangsa tersebut maut di KM 237 ( pedas linggi) manakala 247km adalah tempat yang hampir meragut nyawa saya, mama dan adik-Baby..........................

Syukur kami selamat.. tetapi.....tetapi.............................

Ingin diperingatkan, sila hati2 di area 230-250km Senawang-Pedas-Linggi (Lebihraya Utara Selatan) kerana area situ agak KERAS....

Memang la keras sebab jalannya batu tar....................

Main2 pulak aku ni ehemmm tak jadi suspennya.. ahaaa ( patut pun tak pandai nak produce drama2 hantu sbb tak masuk dalam jiwa..)


Ok serius sikit...

Pada 2009 atau 2010 kalau tidak silap, saya telah dijemput ke rancangan Jangan Tidur Lagi bersama Catriona Ross dan seorang pegawai bomba daerah Seremban. Topiknya; Kemalangan.

Significant-nya saya dengan Cat.. kemalangan yg dialaminya di KM 230.8. Spotted!


Kereta Cat selepas kemalangan

Pegawai bomba share juga experience- yang mereka merancang utk adakan solat hajat disitu kerana terlalu byk kes berlaku disitu dan insiden yang paling pelik pernah seorang isteri minta diberhentikan kereta disitu kemudian mengilai2 sebelum lari keluar bawah gaung setelah berjam-jam dicari anggota bomba dijumpai dia pengsan dalam hutan tersebut. Wallahualam...

Apa yang pasti, silalah berhati2 di area tersebut.. certain area situ mmg angin lintang dan turun bukit sikit. Perlahankan kenderaan di KM ini apatah lagi pada waktu hujan dan kalau teringat, sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa maut di kawasan tersebut. Sekadar peringatan...

Keretaku selepas kemalangan..

* Syukur atas pemberianNya......

Saturday, February 18, 2012

nAsh Dah SeHattt tau..


"Nashrullah, bole discharge pagi nih" kata Doktor Zarin pagi tu.

"Hooooraayyyy!" kata hati ku yang sekiannn menunggu kata2 tersebut..


Nash pun naik bosannnn dok wad...

Hahaa mau tak nya, selama 5 hari teman Nash dlm wad..macam terseksa rasanya. Apapun terpaksa akur coz keadaan demam Nash yang amat merisaukan sampai 39c. Selama itu juga lah, kami berdua berempet-empet tido bersama dalam kandang tido Nash , nasib baik badan Ummi Nash nih masih kategori kerengga ( ehemmm.. ehem) . Walaupun ada katil untuk Ummi tapi terpaksa biar kosong kerana kena monitor suhu badan Nash..another resaon sebab Nurse tak habis2 ganggu tido kami 12am, 4am, 6am- Nash pula bila dah terganggu tidonya..susah la pula nak tido balik.. Siannn shentonggg sonet Ummi..

Sesi keluarkan lendir from hidong dan mulut..siann...

Semuanya ok semasa di Tawakal sepanjang masa tu.. kecuali i telah diserang demam + batuk juga ( nasib pulih cepat)..lagi yang tak best, Nurse lelaki yang masuk bilik waktu malam utk check up Nash. I made complain to the Nurse station, minta tukar Nurse wanita pada waktu malam.. then everything going well after that.

Ramai juga yang dtg menjenguk kami di hospital.. thank you for the visit and those gifts.. Thank you to hubby yang sangat membantu, juga Auntie Norreen yang sudi teman sepanjang disana. Love all so much..


Muka auntie Norreen jadik memanjang kat dlm wad.. caner ntah!

Last day nak balik tu, family dari Melaka datang meng-escort Nash keluar hospital. Kelessss cucu sorang ni.. happy sampai menjerit2 jumpa Atok,Wan,Maklong dan Pak Su Udinnya.. ( naik kelebangnya..heheee dialog Mama)..Thank you datang..


Now batuk banyak dah ok..demam pun dah pergi jauh2.. now nash tgh berlatih main tennis kat umah.. kalau x caya tengok gambar bawah nih..heeee..


Nash melangkah bersama First Aid Kitnya utk merawat diri sendirik selepas ini.. Auntie Yan, nanti ajar Nash how to be a Doctor yah... Byee chowcincau...

Saturday, February 11, 2012

CNY trip down to Kuala Lumpur

We were in KL last CNY break...it has been quite a while since our last visit. Managed to meet most of the lot...but not all...It is not easy to get everybody under same roof again...we just got to live our life and commitment comes from all angles....well understood, right? Best thing you can do is to make good with what's available....and that was what we did basically....enjoying each other...whoever around..
As already "dilipurlarakan" oleh my dear sister in her earlier posting, we had bbq as "makan besar"--it was CNY eve and traditionally family gathering dinner for the chinese. Being multicultural, we followed suit...lu suka wa suka jugak...
There's someone overly excited at the backdrop...i wish her well...to that other someone, dont play around with my sister ok...or we send you off from this land to seberang sana. I hope they have a good friendship..and that guy is just as good as his look...the media is not helping though!
Cik Darling with her lamb grilled by her dear hubby...rajin Azlin...thumbs up! I made that coleslaw..gempak noh lah tu!

Shasha and the lovely Ratu...perempuan melayu terakhir yg cilik....you cant mess with this little girl...pegang pun tak boleh...
My dearest Adib with the handsome petite Eden...keep on telling people "saya anak Baba"...ok ok mak long got it.....Eden memang anak Baba..
The family...aunty Darling, peha mama nampak macam kecik than yours ...camno tu?
And us again right before making our move from the house.It was a short trip but glad to be around the Ngasri's again...walau pun wak Ngasri nya enggak ada....not a problem at all..we are good with just us...Until next trip...but please get your BBM group fixed my dearest Darling...or I miss all the latest gossips...ha..ha..I kan suka havoc havoc dalam BBM group...

Friday, February 10, 2012

Tips 1 : Trip planning

Last January, as usual during weekend or holiday time..kami ni pasti akan berdedai2 ke Pavilion jjcm-lah.. Kali ini entah mcmn ter-singgah ke kedai News and i bought a few mags yang menarik perhatian waktu tu..maklumlah Tahun Baru kan jadik kenalah cari mags yg menaikkan semangat memasang misi 2012 ni... cehhhh


Antara mags fave i is Personal Money and another two masih baru di almari i..Time is more to politics (minat juga) and Biz Sales lebih kepada tawaran perniagaan francais in Msia (menarik)

Well actually posting kali ini i nak share some tips about traveling planning from Personal Money Mags. I guess semua pun memang kuat Jalan-jalan kan..? If , like me I kureng sikit ikut travel agent lebih gemar on my own, well probably we may need to use travel websites to plan on our trip. Here are some that we can use to facilitate our planning and get the best deals..

a- kayak.com : it compares hundreds of travel sites at once and outputs various airfares

b-seatguru.com : to find best seat on a particular flight (just select the airline and enter flight number..seatguru will recommend good and poor seats)

c-tripadvisor.com : guest reviews of the hotel

d-oyster.com or travelpost.com same as tripadvisor but they are more US and Europe-centric

e-agoda.com , asiaroom.comor hotelclub.com/visa : deals on hotel

f-tripIt.com : pioneer website for holiday itinerary management (just submit your flight and/or hotel bookings and it builds an itinerary for your trip)

e-www.wikitravel.org : to read up on country's history, geo,culture,climate,people

f-www.thingsasian.com : travellers share their experiences in Asia

g-www.travel.nytimes.com : individuals travel guides to cities all over the world

h-www.travelblog.org : the best travel blog that is very useful for trip planning..


Sekian.. Happy Travelling !!

Thursday, February 9, 2012

Utusan Malaysia - 09/02/2012

Kebebasan Farah ada batas

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my

Gambar WAHIDIN SALIM

SECARA rasmi, Fara Fauzana bertugas sebagai penyampai di radio Hot FM, dan semua sedia maklum akan hal itu.
Bagaimanapun wajahnya amat mudah dilihat di mana-mana saja, pada bila-bila masa, seolah-olah selebriti ini tidak terikat dengan satu majikan secara langsung.
Itulah tuah dan istimewanya seorang Farah Fauzana Mohd. Fadzil.
Menurut Fara, biarpun sibuk sebagai penyiar di radio Hot FM, dia bebas melakukan tugasan lain seperti berlakon atau mengacara tanpa sebarang masalah.
Pada setiap Isnin hingga Jumaat, dia memulakan tugasan di konti untuk segmen HotFM Krew, bermula pukul 6 pagi hingga 11 pagi.
Selain tugasan harian sebagai penyampai, Fara memperuntukan hari Selasa dan Rabu untuk rakaman rancangan Nona di TV3.
Menurut Fara, dia begitu bertuah apabila sepanjang bekerja di stesen radio tersebut, tidak pernah dihalang untuk mengembangkan bakat ke peringkat lebih jauh.
"Bukan Fara seorang, sebaliknya pihak pengurusan memang tidak pernah menyekat mana-mana kakitangan yang ingin mengembangkan bakat masing-masing."
Boleh dikatakan, kebanyakan penyiar Hot FM ada tugasan sampingan lain mengikut minat dan rezeki masing-masing. Kami bebas melakukan tugasan lain, asalkan memaklumkan kepada pihak pengurusan.
"Selagi tugasan di stesen tidak terganggu, saya bebas untuk buat apa sahaja. Selalunya, saya terima sesuatu pekerjaan itu jika pihak di sana boleh mengikut jadual kerja saya," katanya.
Biarpun perlu melakukan banyak kerja dalam satu tempoh, namun dia gembira dan segala jadual kerja dan temu janjinya diatur oleh pembantu yang juga anak saudaranya sendiri yang mesra disapa, Zul

Wednesday, February 8, 2012

Kawan aka Kakak-ku Ff..

Semalam, 7hb Februari terukirlah sejarah kelahiran seorang Star and my Best ever fren,Fafau yang sasau tapi tak tersasar.. hahaaa.. suddenly rasa mcm nak buat Tribute sikit utk dia..since i pun dah ada blog whereby dia mmg dah bertahun lama meng-update segalanya dlm blog nya.

I touching sikit kalau nak cite pasal FF aka Kakak ku.. sbb dia memang special di hati i apatah lagi dihati kengkawan, dan seluruh family nya. Mana tak ya, masa dan hidupnya seikhlasnya diberikan segalanya kepada mereka. Sesuai juga dgn namanya Fara Fauzana bermaksud Keceriaan. Dia mudah didekati... (tetapi xda lagi boypren..ada nak rekomen?? hahaa gurau je) ni kena ambil sifat Gemini sikit heheheee..

Ok here are some tulisan FF dalam blognya.. actually ada lagi dlm kolum akhbar tulisannya di Kosmo. Tapi i x sempat save that one. The title was " Fara percaya Darling & FBI" .. Sangatla ku tersentuh dan tragis membacanya. Ikhlas sungguh! Kat bwh ni some of the article she wrote about our frenship..

Blog FF pada 12 Mei 2008

Halluuuu...
FF ada bagitahu yang hari ni FF nak citer dengan
u siapa DARLING @ NASREEN NGASRI kat u. …..
Pada suatu hari.. heheheh macam pertandingan bercerita la pulek heheh takde la.
Kali pertama FF jumpa Darling as in bekerjasama ( jumpa… dah selalu
sangat..even dari kecik! Sebb selalu tgk dia dalam TV . dia je tak jumpa FF
hehheh ) adalah lebih kurang 4 tahun yang lalu. Masa tu pun FF baru je
berkecimpung dalam dunia radio tapi sebagai duta jalanan jea dan masa tu juga
berpeluang membintangi sebuah filem bersama Darling – SH3 THE MOVIE.

Peneman setia ke ABPH sejak awal kemenangannya..always proud of her!


Hari pertama berjumpa Darling, FF rasa dia ni macam ‘kekwat’ dan feeling diva la sebb diam
jea dan duduk menyendiri. Malah nak tergelak apabila FF dapat tahu daripada
Darling yang dia pulak ingat FF ni budak teater! Hahahahahha… almaklum la, masa
tu belum lagi jadi penyampai radio tapi dia cakap FF macam beria2 masa skrip
reading tu, daaaa…. Kita ni tak pernah buat semua tu maka bila diminta buat
sesuatu depan orang yang berpengalaman ada la sikit
perasaan nak tunjuk ..’eh, aku pun ada bakat laa’ hahahahha

Lucky FF


Dari situ la bermulanya persahabatan antara FF dan Darling. Kami ni kiranya betul2 satu
kepala walaupun FF ni tua 3 tahun daripada Darling. Apa yang FF cakap kami ni
satu kepala ialah sewaktu shooting kami berdua jarang ‘joint’ mereka yang duduk
dan bergosip2..kami lebih banyak menghabiskan masa membaca di satu sudut
berdua..minat pada jenis buku pun sama BIOGRAPHY..kami lebih banyak
bercerita ttg kerja2 yang berkaitan dengan apa yang kami belajar..even,
sampaikan adakalanya kami keluar berdua dan terserempak dengan seorang pelakon,
pasti dia merungut kenapa tak ajak dia sekali? Huuh bukan tak nak ajak tapi
kalau ajak mesti tanya..’errr..kita keluar kata mana yea? Makan apa yea nanti?
Ramai tak orang? Mmm nanti saya takut tak selesa la sbb ramai sangat’ ayoooo..
sebb2 itulah kami suka keluar berdua sbb kami tak piker semua tu! Kita berdua
sempoi jea..chop! FF tak tipu tapi itulah FF dan Darling.

Kami yang always sem-poiii


Darling juga banyak support aktiviti FF dan FF pun kadang2 TERpaksa buat benda yang sama hehehe
bukan apa, kalau u perasan sejak kali pertama FF melibatkan diri dalam ABP
Darling yang banyak membantu. Tak kira la dari segi pakaian dan makeup. Yea la
FF masih baru dan mentah dan hampir melatah dalam dunia hiburan ni. Pada FF ,
si Darling ni seorang wanita yang terperangkap didalam sebuah tubuh budak kecik
yang berusia awal 20an. Sebb? Setiap kali bercakap apa2 yang berkaitan pasal
kerja mesti dia ni macam kena rasuk dengan JIN KERJA! Hahahah.. boleh tak
berhentila..setiap kata, setiap idea, cara komunikasi bagaikan orang yang lebih
tua daripada FF. helloo.. u patut tahu la kan kenapa dia jadi macam tu.. huhu bukan
kena rasuk tapi dari mana dia dapat idea yang banyak2 tu. Pendedahan dan
kesedaran dari awal penglibatan darlam dunia hiburan tanah air dan lakonan
memberikan si kenit tu kelebihan yang jarang orang dapat dan HARGAI dan
GUNAKAN! U pernah ke dengar Darling ataupun adik beradik nya mendapat liputan
luas hanya kerana gosip2 liar? Rasanya macam takdekan? Kenapa ? sebb mereka
memang serius dalam bidang lakonan dan bukan utk tujuan lain. Kalau u tak
percaya jugak..cuba buat2 dengar balik panggilan hangit yang FF buat pada Darling..

Dulu i interview dia..sekali jadi pengacara Melodi daaa...
Malah Darling dan Anne adalah adik beradik yang mengajar FF apa itu maksud PLASTIK dalam duniahiburan. U nak tahu tak yang FF pernah kena marah dengan Darling sbb percayakan sgt
selebriti yang nak ambik kesempatan dengan FF semata2 FF ni penyampai radio.
Kononnya kalau dia kawan dengan FF, lagu2 nya akan selalu keluar kat radio la
huhuh.. mula2 FF mara dia balik tapi bila kebenaran tu dah kat depan mata maka
FF tahu.. Darling memang ikhlas dalam persahabatn. Hehehehhehe… FF ni la tempat
dia mengadu nasib ttg ‘abang’ kalau2 ada masalah dan sama juga la dengan FF.
kiranya kami berdua merupakan penyimpan mohor besar rahsia masing! Dan andai
kata satu hari nanti kami tak kawan, FF tahu rahsia LAMA FF takkan diketahui umum. Itulah Darling.

Susah senang bersama...

Kadang2 FF sendiri
banyak belajar daripada Darling. Kalau u nak tahu, apa yang Darling ada
sekarang adalah apa yang FF nak jadi sewaktu FF dah mula pasang cita2 dalam
diri utk menjadi seorang producer sewaktu umur FF 17tahun. Alih2 dia dah ada
semua tu dalam usia yang..lebih muda daripada FF! hahahahha.. den dah tuo ghuponyo.
Next blog FF cakap pasal NASREENs PICTURES dan FAFAU ENTERTAINMENT..
LAYANNNN
=)

If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile. But anytime you need a friend, I'll just be me..

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR KAKAK..
LOVE U ALWAYS...
p/s i lap u...

*Happy birthday to Norreen Iman too..kebetulan bdaynya sama dgn FF..dan terpaksala wish sbb dia kat sebelah i waktu nih... erkkkkk freakkky gal..

Nashrullah, kemenangan daripada Allah swt

Posting kali ni bukan perihal agama ke apa?.. Tapi nak update ttg my baby boy, Nur Nashrullah (aka kungfu panda@shentong@shanxi dan sebagainya..)Nama dia di ambil from my research in Internet and books.

Maksud nama penuhnya Cahaya Kemenangan Dari Allah. Sekiranya Nasrullah..ia akan menjadi Cahaya Pertolongan dari Allah swt. From my researched i realised that our family name NAS mbawa maksud Pertolongan. No wonder kami selalu tolong orang.. cehhhh.. habis klu Nash, asyik nak menang je la yer? Abg Nash x leh menang2 je tau, kena tolerate dgn adik nanti..sian adekkk . heheee ... Moga nama itu benar2 mbawa kebaikan dan keberkatan :)
Actually skrg ni kami bertiga-Nash, abah & ummi Nash kat hospital sedang menjaga Nash yang tidak berapa sehat. Awalnya dia batuk2 selama seminggu lebih kasi ubat tapi x reda2..then, last 2 nites tiba2 badan naik panas reach 39.++ celcius suhu badannya..teruslah kena admit hospital. Actually this is the first time ( and hope the last) Nash admitted dan demam.


Maybe nak pandai apa2 kot.. mudah2an. now demam dah reda, cuma paru2nya kurang sihat lagi. InsyaAllah esok keluar..sian anak ummi yang sonet ni.. i respect dgn Nash kena sumbat ubat kat ontot dan makan ubat dia relax jer.. cuma nebulizer yg buat dia seram dah mcm asap dragon rupanya...


Manja ummi sihat cepat ya.. Love u so much...


Tido puas-puas k.. Nash tido puas at hospital, berbanding kat umah.. zzzzzzzzz

Saturday, February 4, 2012

39th Anniversary Mama & Baba

Assalamualaikum wbt..
Selamat menyambut Maulidur Rasul to all muslimin &muslimat..mudah2an mendapat keberkatan dihari yg mulia ini. Pada awal tahun ni byk pula cutinya ya..kadang tu ok..kadang tu letih juga since urusan gue jadinya tergendala sikit.. Bikin gue pegel! hahaaa

Okla nak share last 19th January was Ma& Ba wedding anniversary .. yang ke berapa? 39 tahun. Wwow! sungguh membanggakan.. good job good job! haahhaa.. harap2 sejarah mereka ini bole dijadikan contoh terbaik buat psgn yg berkahwin spti kita2 ni.. takut juga tgk angka peningkatan penceraian skrg ni Mostly terdiri drpd pasangan pengantin muda remaja.. ( touch wood touch wood- ayat Kaklong ) heheee nasib laki i TUA sikittt..sikitt je.

Lets kita imbas sikit.. kenangan Mama dan Baba sejak awal perkahwinan.. Ohya kalau nak details @ full story, get Mingguan Wanita ( keluaran 13 dan 26 Januari /cover depan Ayu+Zaquan dan Sherie Merlis...).

Masa ni Ma was 18 tahun while Baba 23 tahun. Very young couple huh.. Ini during sanding pada 19th Jan ( same day with Nikah).

Ba kata i look close to Mama masa umur ni.. yekee tapi version yang lebih hot and chic la kan... ok, penyanyi jempoutan masa wedding ni adalah Datuk Sharifah Aini ( jangan marah..) she was Baba ex-schoolmate Sek Men Sultan Ismail (SSI)..jarak umur 2 tahun muda drpd Ba. Baba Head-prefect kat sekolah sejak Ting. 3-5. Kelessss bapak ku

Ini gambar sewaktu Berinai, one day before Nikah, 18th January 1973. (muka mcm tak kuasa jer hhahaa..masa i kahwin pun letih bab2 posing Berinai ni..Alin muka ada masham la..hahaa)

Here i tepek some more gambar2 mesra mereka..yang tak berapa mesra tu kita dah DELETE dulu siang siang.Sekian.


Ini posing masa muda remaja- on Mama's lap is Kaklong..On the same year Nov, 1973, Kaklong dilahirkan comel bangat masa tu..nasib dah besar pun comel jugak. Manissss...


Manja pulak gambar makan ice cream tuh... layan..

Oklah kalau nak cerita sejarah one-by one memang naik ber-lenguih la tangan ni menaip.. apapun dalam setiap perhubungan ada pasang surutnya dan ada suka duka nya.. I always respect mereka mampu maintain dan bersama sehingga saat ini. Moga apa yang dilalui mereka mampu dijadikan iktibar untuk kita mengemudi kehidupan ini..


Hingga hujung nyawa... InsyaAllah xoxo