sharing our loves......cherishing sweet memories.... learning from many many downfalls.... rise up and high..... honouring the tie that binds......... loving this fate of ours.....praying for arms around each other...forever..



Friday, April 20, 2012

Family gathering March 2012 @Chillies

halooo....Darling apa ni blog hidup segan mati tak mahu...jangan lah gitu...kena rajin sikit okays..
Hi Guys, tak de mende sangat...but i want to share this family gathering we had last March...something good happened to me and thus I share with everybody. Adik beradik semua ada except for Shabell atas sebab sebab yg tak boleh dielakkan....tetttttttt...I was glad that bell able to amke it despite his busy schedule.

I was so busy counselling that nite and thus, I just couldnt be the cameraman at the same time so I hardly have any pictures in my camera except for some which I have shared here.
I think I passed the details on the counselling part but just to note that I was glad to be able to get across whatever I wanted to tell.

 Noin yg sangat busy tangkap gambar tapi entah mana letak gambarnya.
Mama and Baba busy playing with their handphone...perhaps mama sms baba, baba try to call mama...emmmm

 Abang Duan handling the abang Chillies....sampai siap bagi tips...Abang duan kata kesian pulak the person was like ready for our command dari mula sampai habis

We also had impropmtu birthday celebration for my dearest mama. cake nya mano? tak nampak pulek....cake was the chocolate lava....yummy!
Orang Singapura tu tinggi noh kan? Akak muka agak sedih sebab right before this picture was drama swasta wahahahahahaha. Thank you all to make yourselves available especially my father yg malam buta pakai spec hitam...layan...!
Cik Darling tengah keluar asap kat hidung..semput marah... masa picture dicaptured..

To think about it we are all so very much like"Brothers and Sisters" the series....we are all so difference in our own ways --always clashed in opinion and characters...but we do love each other--period!


Sunday, March 25, 2012

Sedetik lebih..

Sedetik aku teringat...

Sedetik aku terbayang wajah-wajah mereka..

Sedetik lebih ku miliki akan ku titipkan doa buat mereka..

Sedetik ku mengharap agar doaku didengari..

Moga ditempatkan mereka di kalangan yang beriman dan dikasihi NYA..

Mereka adalah keluarga kami yang telah lama pergi..pergi mereka adalah selamanya, perginya meninggalkan memori yang tak mungkin dapat dilupakan selamanya.. Lebih-lebih lagi bila tiba hari Raya ....

Atukmak & Atukmok
Arwah Khalijah binti Khatan ( Meninggal dunia pada 1994) & Arwah Jaffar bin Harun( Meninggal dunia pada 1999)

...sewaktu mereka muda..

...Aidilfitri di rumah Atokmok, Kg Oren, Ulu Tiram
bersama seisi keluarga Ngasri's dan sepupu-sepapat kami...

Nenek & Datuk
Arwah Fatimah binti Abdullah( Meninggal dunia pada 1998 ) & Arwah Sain bin Hj Sahur

Arwah bapa Baba,Sain Haji Sahur yang telah pergi ketika usia baba 8 tahun..

..sewaktu menunaikan Haji bersama Mama & Baba pada tahun 1992-Syukur Alhamdulillah..besar sungguh pahalanya membawa seorang ibu ke tanah suci.. Nenek cukup blues and cool.sentiasa bersama sirih songelnya, kami akan jadi pembantu mengetuk sirihnya..Nenek pernah janji nak buatkan Pizza, end up Pizzanya adalah Telur Dadar..sabo je laa...

Pakcik
Arwah Abdul Rahman bin Jaffar ( Meninggal dunia pada 1994)

.. arwah Pak Man sangat manjakan i masa kecik dulu..ala2 anak saudara kesayangan..miss u Pak Man..

Kakak Ipar
Arwah Murni binti Salehuddin( Meninggal dunia pada 1999)
...pemergian Arwah Kak Murni pada usia yang cukup muda, kalau tidak silap 25-26 tahun..menjelang tahun ketiga perkahwinannya dengan Boy, Naszeli Ngasri...

..ditangan beliau adalah satu2nya anak kandungnya, Inas Sofea Naszeli..Inas berusia 3 tahun sewaktu ibunya menghembuskan nafas yang terakhir..mudah2an Inas cekal dan menjadi seorang anak yang berjaya dunia akhirat..

Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.


Al-fatihah buat mu....

Tuesday, February 21, 2012

230-250 km...

I just finished watching Saksi Maut documentary at TV9 about insiden-insiden kemlangan yang meragut nyawa dan bagaimana kesannya selepas itu. Kebetulan i think i have a good story or reminder to share with you all.



Mangsa maut hari ni adalah berpunca daripada kemalangan jalanraya. Seorang bapa meninggal dunia bersama anak perempuannya ketika ingin pulang menziarahi Majlis Tahlil ke 100 hari dirumah saudaranya. Sungguh tragis kerana pemergiannya meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil. Besar dugaannya tetapi itulah hadiah Allah yang perlu kita syukuri..semakin seorang isteri itu sabar dan tabah maka besarlah pahala diberi..InsyaAllah..

Ok. Significant-nya ( memelayukan bhs inggeris..sorry teacher Mard hehee) adalah KM tempat berlaku kemalangan itu.. Mangsa tersebut maut di KM 237 ( pedas linggi) manakala 247km adalah tempat yang hampir meragut nyawa saya, mama dan adik-Baby..........................

Syukur kami selamat.. tetapi.....tetapi.............................

Ingin diperingatkan, sila hati2 di area 230-250km Senawang-Pedas-Linggi (Lebihraya Utara Selatan) kerana area situ agak KERAS....

Memang la keras sebab jalannya batu tar....................

Main2 pulak aku ni ehemmm tak jadi suspennya.. ahaaa ( patut pun tak pandai nak produce drama2 hantu sbb tak masuk dalam jiwa..)


Ok serius sikit...

Pada 2009 atau 2010 kalau tidak silap, saya telah dijemput ke rancangan Jangan Tidur Lagi bersama Catriona Ross dan seorang pegawai bomba daerah Seremban. Topiknya; Kemalangan.

Significant-nya saya dengan Cat.. kemalangan yg dialaminya di KM 230.8. Spotted!


Kereta Cat selepas kemalangan

Pegawai bomba share juga experience- yang mereka merancang utk adakan solat hajat disitu kerana terlalu byk kes berlaku disitu dan insiden yang paling pelik pernah seorang isteri minta diberhentikan kereta disitu kemudian mengilai2 sebelum lari keluar bawah gaung setelah berjam-jam dicari anggota bomba dijumpai dia pengsan dalam hutan tersebut. Wallahualam...

Apa yang pasti, silalah berhati2 di area tersebut.. certain area situ mmg angin lintang dan turun bukit sikit. Perlahankan kenderaan di KM ini apatah lagi pada waktu hujan dan kalau teringat, sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa maut di kawasan tersebut. Sekadar peringatan...

Keretaku selepas kemalangan..

* Syukur atas pemberianNya......

Saturday, February 18, 2012

nAsh Dah SeHattt tau..


"Nashrullah, bole discharge pagi nih" kata Doktor Zarin pagi tu.

"Hooooraayyyy!" kata hati ku yang sekiannn menunggu kata2 tersebut..


Nash pun naik bosannnn dok wad...

Hahaa mau tak nya, selama 5 hari teman Nash dlm wad..macam terseksa rasanya. Apapun terpaksa akur coz keadaan demam Nash yang amat merisaukan sampai 39c. Selama itu juga lah, kami berdua berempet-empet tido bersama dalam kandang tido Nash , nasib baik badan Ummi Nash nih masih kategori kerengga ( ehemmm.. ehem) . Walaupun ada katil untuk Ummi tapi terpaksa biar kosong kerana kena monitor suhu badan Nash..another resaon sebab Nurse tak habis2 ganggu tido kami 12am, 4am, 6am- Nash pula bila dah terganggu tidonya..susah la pula nak tido balik.. Siannn shentonggg sonet Ummi..

Sesi keluarkan lendir from hidong dan mulut..siann...

Semuanya ok semasa di Tawakal sepanjang masa tu.. kecuali i telah diserang demam + batuk juga ( nasib pulih cepat)..lagi yang tak best, Nurse lelaki yang masuk bilik waktu malam utk check up Nash. I made complain to the Nurse station, minta tukar Nurse wanita pada waktu malam.. then everything going well after that.

Ramai juga yang dtg menjenguk kami di hospital.. thank you for the visit and those gifts.. Thank you to hubby yang sangat membantu, juga Auntie Norreen yang sudi teman sepanjang disana. Love all so much..


Muka auntie Norreen jadik memanjang kat dlm wad.. caner ntah!

Last day nak balik tu, family dari Melaka datang meng-escort Nash keluar hospital. Kelessss cucu sorang ni.. happy sampai menjerit2 jumpa Atok,Wan,Maklong dan Pak Su Udinnya.. ( naik kelebangnya..heheee dialog Mama)..Thank you datang..


Now batuk banyak dah ok..demam pun dah pergi jauh2.. now nash tgh berlatih main tennis kat umah.. kalau x caya tengok gambar bawah nih..heeee..


Nash melangkah bersama First Aid Kitnya utk merawat diri sendirik selepas ini.. Auntie Yan, nanti ajar Nash how to be a Doctor yah... Byee chowcincau...

Saturday, February 11, 2012

CNY trip down to Kuala Lumpur

We were in KL last CNY break...it has been quite a while since our last visit. Managed to meet most of the lot...but not all...It is not easy to get everybody under same roof again...we just got to live our life and commitment comes from all angles....well understood, right? Best thing you can do is to make good with what's available....and that was what we did basically....enjoying each other...whoever around..
As already "dilipurlarakan" oleh my dear sister in her earlier posting, we had bbq as "makan besar"--it was CNY eve and traditionally family gathering dinner for the chinese. Being multicultural, we followed suit...lu suka wa suka jugak...
There's someone overly excited at the backdrop...i wish her well...to that other someone, dont play around with my sister ok...or we send you off from this land to seberang sana. I hope they have a good friendship..and that guy is just as good as his look...the media is not helping though!
Cik Darling with her lamb grilled by her dear hubby...rajin Azlin...thumbs up! I made that coleslaw..gempak noh lah tu!

Shasha and the lovely Ratu...perempuan melayu terakhir yg cilik....you cant mess with this little girl...pegang pun tak boleh...
My dearest Adib with the handsome petite Eden...keep on telling people "saya anak Baba"...ok ok mak long got it.....Eden memang anak Baba..
The family...aunty Darling, peha mama nampak macam kecik than yours ...camno tu?
And us again right before making our move from the house.It was a short trip but glad to be around the Ngasri's again...walau pun wak Ngasri nya enggak ada....not a problem at all..we are good with just us...Until next trip...but please get your BBM group fixed my dearest Darling...or I miss all the latest gossips...ha..ha..I kan suka havoc havoc dalam BBM group...

Friday, February 10, 2012

Tips 1 : Trip planning

Last January, as usual during weekend or holiday time..kami ni pasti akan berdedai2 ke Pavilion jjcm-lah.. Kali ini entah mcmn ter-singgah ke kedai News and i bought a few mags yang menarik perhatian waktu tu..maklumlah Tahun Baru kan jadik kenalah cari mags yg menaikkan semangat memasang misi 2012 ni... cehhhh


Antara mags fave i is Personal Money and another two masih baru di almari i..Time is more to politics (minat juga) and Biz Sales lebih kepada tawaran perniagaan francais in Msia (menarik)

Well actually posting kali ini i nak share some tips about traveling planning from Personal Money Mags. I guess semua pun memang kuat Jalan-jalan kan..? If , like me I kureng sikit ikut travel agent lebih gemar on my own, well probably we may need to use travel websites to plan on our trip. Here are some that we can use to facilitate our planning and get the best deals..

a- kayak.com : it compares hundreds of travel sites at once and outputs various airfares

b-seatguru.com : to find best seat on a particular flight (just select the airline and enter flight number..seatguru will recommend good and poor seats)

c-tripadvisor.com : guest reviews of the hotel

d-oyster.com or travelpost.com same as tripadvisor but they are more US and Europe-centric

e-agoda.com , asiaroom.comor hotelclub.com/visa : deals on hotel

f-tripIt.com : pioneer website for holiday itinerary management (just submit your flight and/or hotel bookings and it builds an itinerary for your trip)

e-www.wikitravel.org : to read up on country's history, geo,culture,climate,people

f-www.thingsasian.com : travellers share their experiences in Asia

g-www.travel.nytimes.com : individuals travel guides to cities all over the world

h-www.travelblog.org : the best travel blog that is very useful for trip planning..


Sekian.. Happy Travelling !!

Thursday, February 9, 2012

Utusan Malaysia - 09/02/2012

Kebebasan Farah ada batas

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my

Gambar WAHIDIN SALIM

SECARA rasmi, Fara Fauzana bertugas sebagai penyampai di radio Hot FM, dan semua sedia maklum akan hal itu.
Bagaimanapun wajahnya amat mudah dilihat di mana-mana saja, pada bila-bila masa, seolah-olah selebriti ini tidak terikat dengan satu majikan secara langsung.
Itulah tuah dan istimewanya seorang Farah Fauzana Mohd. Fadzil.
Menurut Fara, biarpun sibuk sebagai penyiar di radio Hot FM, dia bebas melakukan tugasan lain seperti berlakon atau mengacara tanpa sebarang masalah.
Pada setiap Isnin hingga Jumaat, dia memulakan tugasan di konti untuk segmen HotFM Krew, bermula pukul 6 pagi hingga 11 pagi.
Selain tugasan harian sebagai penyampai, Fara memperuntukan hari Selasa dan Rabu untuk rakaman rancangan Nona di TV3.
Menurut Fara, dia begitu bertuah apabila sepanjang bekerja di stesen radio tersebut, tidak pernah dihalang untuk mengembangkan bakat ke peringkat lebih jauh.
"Bukan Fara seorang, sebaliknya pihak pengurusan memang tidak pernah menyekat mana-mana kakitangan yang ingin mengembangkan bakat masing-masing."
Boleh dikatakan, kebanyakan penyiar Hot FM ada tugasan sampingan lain mengikut minat dan rezeki masing-masing. Kami bebas melakukan tugasan lain, asalkan memaklumkan kepada pihak pengurusan.
"Selagi tugasan di stesen tidak terganggu, saya bebas untuk buat apa sahaja. Selalunya, saya terima sesuatu pekerjaan itu jika pihak di sana boleh mengikut jadual kerja saya," katanya.
Biarpun perlu melakukan banyak kerja dalam satu tempoh, namun dia gembira dan segala jadual kerja dan temu janjinya diatur oleh pembantu yang juga anak saudaranya sendiri yang mesra disapa, Zul