sharing our loves......cherishing sweet memories.... learning from many many downfalls.... rise up and high..... honouring the tie that binds......... loving this fate of ours.....praying for arms around each other...forever..



Thursday, February 9, 2012

Utusan Malaysia - 09/02/2012

Kebebasan Farah ada batas

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my

Gambar WAHIDIN SALIM

SECARA rasmi, Fara Fauzana bertugas sebagai penyampai di radio Hot FM, dan semua sedia maklum akan hal itu.
Bagaimanapun wajahnya amat mudah dilihat di mana-mana saja, pada bila-bila masa, seolah-olah selebriti ini tidak terikat dengan satu majikan secara langsung.
Itulah tuah dan istimewanya seorang Farah Fauzana Mohd. Fadzil.
Menurut Fara, biarpun sibuk sebagai penyiar di radio Hot FM, dia bebas melakukan tugasan lain seperti berlakon atau mengacara tanpa sebarang masalah.
Pada setiap Isnin hingga Jumaat, dia memulakan tugasan di konti untuk segmen HotFM Krew, bermula pukul 6 pagi hingga 11 pagi.
Selain tugasan harian sebagai penyampai, Fara memperuntukan hari Selasa dan Rabu untuk rakaman rancangan Nona di TV3.
Menurut Fara, dia begitu bertuah apabila sepanjang bekerja di stesen radio tersebut, tidak pernah dihalang untuk mengembangkan bakat ke peringkat lebih jauh.
"Bukan Fara seorang, sebaliknya pihak pengurusan memang tidak pernah menyekat mana-mana kakitangan yang ingin mengembangkan bakat masing-masing."
Boleh dikatakan, kebanyakan penyiar Hot FM ada tugasan sampingan lain mengikut minat dan rezeki masing-masing. Kami bebas melakukan tugasan lain, asalkan memaklumkan kepada pihak pengurusan.
"Selagi tugasan di stesen tidak terganggu, saya bebas untuk buat apa sahaja. Selalunya, saya terima sesuatu pekerjaan itu jika pihak di sana boleh mengikut jadual kerja saya," katanya.
Biarpun perlu melakukan banyak kerja dalam satu tempoh, namun dia gembira dan segala jadual kerja dan temu janjinya diatur oleh pembantu yang juga anak saudaranya sendiri yang mesra disapa, Zul

No comments: