sharing our loves......cherishing sweet memories.... learning from many many downfalls.... rise up and high..... honouring the tie that binds......... loving this fate of ours.....praying for arms around each other...forever..



Tuesday, February 21, 2012

230-250 km...

I just finished watching Saksi Maut documentary at TV9 about insiden-insiden kemlangan yang meragut nyawa dan bagaimana kesannya selepas itu. Kebetulan i think i have a good story or reminder to share with you all.



Mangsa maut hari ni adalah berpunca daripada kemalangan jalanraya. Seorang bapa meninggal dunia bersama anak perempuannya ketika ingin pulang menziarahi Majlis Tahlil ke 100 hari dirumah saudaranya. Sungguh tragis kerana pemergiannya meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil. Besar dugaannya tetapi itulah hadiah Allah yang perlu kita syukuri..semakin seorang isteri itu sabar dan tabah maka besarlah pahala diberi..InsyaAllah..

Ok. Significant-nya ( memelayukan bhs inggeris..sorry teacher Mard hehee) adalah KM tempat berlaku kemalangan itu.. Mangsa tersebut maut di KM 237 ( pedas linggi) manakala 247km adalah tempat yang hampir meragut nyawa saya, mama dan adik-Baby..........................

Syukur kami selamat.. tetapi.....tetapi.............................

Ingin diperingatkan, sila hati2 di area 230-250km Senawang-Pedas-Linggi (Lebihraya Utara Selatan) kerana area situ agak KERAS....

Memang la keras sebab jalannya batu tar....................

Main2 pulak aku ni ehemmm tak jadi suspennya.. ahaaa ( patut pun tak pandai nak produce drama2 hantu sbb tak masuk dalam jiwa..)


Ok serius sikit...

Pada 2009 atau 2010 kalau tidak silap, saya telah dijemput ke rancangan Jangan Tidur Lagi bersama Catriona Ross dan seorang pegawai bomba daerah Seremban. Topiknya; Kemalangan.

Significant-nya saya dengan Cat.. kemalangan yg dialaminya di KM 230.8. Spotted!


Kereta Cat selepas kemalangan

Pegawai bomba share juga experience- yang mereka merancang utk adakan solat hajat disitu kerana terlalu byk kes berlaku disitu dan insiden yang paling pelik pernah seorang isteri minta diberhentikan kereta disitu kemudian mengilai2 sebelum lari keluar bawah gaung setelah berjam-jam dicari anggota bomba dijumpai dia pengsan dalam hutan tersebut. Wallahualam...

Apa yang pasti, silalah berhati2 di area tersebut.. certain area situ mmg angin lintang dan turun bukit sikit. Perlahankan kenderaan di KM ini apatah lagi pada waktu hujan dan kalau teringat, sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa maut di kawasan tersebut. Sekadar peringatan...

Keretaku selepas kemalangan..

* Syukur atas pemberianNya......

3 comments:

Liz Duan said...

gosh your car was like that? lupa dah...nasib baik gegaran otak tu tak melampau batas kan?..
Kau mmg sesuai dgn cite kelakar aje , tak payah lah buat cite hantu..ha..ha..

fendifid said...

Seram pulak nak lalu jalan tu. Kisah trajis seram pun jadi lawak. betul la bak kata liz...horror movie is just not you. Buat drama romantikus la...rindu berombak...liz boleh karang script.

Dazzling said...

Hahaa.. know wat recently i submitted a series to TV9 title KM 247- its a Suspense Psycho Thriller.. simboliknya 247?..insyaAllah tunggu...